PENGUMUMAN

Perhatian!

Sesiapa yang ingin membuat pengumuman melalui blog ini terus berhubung dengan En. Che muhamad. Sekian

PERHATIAN

Kepada semua guru kelas yang ingin menyerahkan yuran sekolah( Bayaran Tambahan), boleh berbuat demikian pada setiap hari Selasa dan Khamis sahaja.

Penyerahan boleh dibuat dari jam 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari.

PENTING

Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun 1 sesi 2012/2013

Tarikh : 1 Mac 2011 hingga 4 mei 2011

Masa urusan : Pejabat Sekolah

Kelahiran pada : 2.1.2005-1.1.2006 (sesi persekolahan 2012)

2.1.2006-1.1.2007 (sesi persekolahan 2013)

Sila bawa bersama:

1. sijil kelahiran

2.Bukti alamat tempat tinggal(Bil air@Letrik)

3. IC ibu dan bapa/penjaga

4. Sampul surat putih bersaiz 4X9 dan bersetem 60 sen

Untuk keterangan lanjut. sila lihat pada post dibawah

Guru Bertugas Mingguan

(3.5.2011 hingga 6.5.2011 )

PAGI

1.Suhaimi Salleh

2.Noraisyah Bahishan

3.Rubiah Razak

4.Julaidah Hazari

5.Susilawati Muhammad

6.Anizah Ruslan

7.Fazilah Yusof

8.Norhayati Yeop

PETANG

1.Nora Mat Nor

2.Suhaimi Saidin

3.Suzana Subari

4.Rosniza Basiran

5.Zunika Abd Talib

PROFIL SEKOLAH

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Cemerlang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


MOTO

Berilmu, Berdisiplin dan Berketrampilan


SLOGAN

”GURU MENGAJAR MURID BELAJAR”



SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) merupakan sekolah yang dibina oleh Kementerian Pelajaran kepada para penduduk di sekitar Taman Bunga Raya. Sekolah ini terletak dalam Kompleks Pendidikan Taman Bunga Raya, adalah bersebelahan dengan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya ( 1 ).

Pembinaan sekolah ini telah dipercepatkan lantaran sekolah tumpang, iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung sudah tidak lagi mampu untuk menampung jumlah murid yang telah menjangkau 4000 orang pada masa itu. Kepadatan kelas yang melebihi 50 orang menyebabkan murid-murid tidak begitu selesa belajar di sekolah tersebut.

Bangunan sekolah ini mempunyai 4 tingkat dengan reka bentuk baru dan menarik dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan bilik-bilik khas. Sekolah ini juga mempunyai bangunan khas yang sesuai digunakan untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ). Pembinaan sekolah ini menelan belanja hampir RM 8 juta, telah siap dibina pada tahun 2002 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2003.

Pentadbiran dan perjalanan sekolah ini kini diterajui oleh Pn Zalinah Bt Zubir ( Guru Besar ), dengan 4 orang GPK iaitu En Abdul Hadi B Jantan ( GPK Kurikulum ), Pn Hamidah Bt Nipah ( GPK HEM ), En Zaini bin Mad Lazin ( GPK Kokurikulum ) , Pn Fauziah Bt Amran ( GPK PPKI ) dan Pn Zaleha bt Hj Ahmad ( GPK Petang ).

GURU BESAR-GURU BESAR :
En Azman bin Abd Rashid -( GPK 1 memangku Guru Besar )
23.11.2002– 25.10.2003

Pn Hjh Norini bt Mohd Khalid ( GPK 1 memangku Guru Besar )
26.10.2003 - 15.11.2004

En Hasim bin Saleh ( Guru Besar )
16.11.2004 - 30.11.2008

Pn Zalinah Bt Zubir( Guru Besar )
1.12.2008—sekarang

 

Sejarah Ringkas Lagu Sekolah


Lagu Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya ( 1 ), iaitu ‘SKTBR DIHATIKU’ telah digubah oleh En Zulfadzli B Ismail ( Guru Muzik ) manakala liriknya pula telah dicipta oleh En Hasren B Damiri ( Sekarang Penyelia KBSR PPDHS ).

Kedua-duanya merupakan bekas guru di sekolah ini yang telah berkhidmat di tempat lain. Lagu ini telah digubah pada tahun 2004 dan pertama kali diperdengarkan oleh pasukan koir sekolah semasa mesyuarat agung PIBG pada tahun 2004.

SK Taman Bunga Raya ( 1 ) diHatiku

Berdiri megah di bumi ini,
Mendidik putera puteri tercinta,
Membentuk akhlak yang mulia,
Pewaris bangsaku.


SK Taman Bunga Raya (1)
Bagai obor menerangi alam,
Harapan ibu dan juga bapa,
Guru dan Negara


Chorus : Kita gapai ilmu
Sentiasa berdisiplin,
Menjadi iltizam,
Insan berketerampilan

Pendidikan kami utamakan,

agama jadi panduan hidup,
Berjasa dan juga berbakti,
Ikrar kami semua.


Janjiku pada ayah dan ibu,
Akan ku usaha mencapai cita,
Akan ku tabur jasa dan bakti,
Sehingga berjaya.


Chorus:
Kita gapai ilmu
Sentiasa berdisiplin,
Menjadi iltizam,
Insan berketerampilan
SK Taman Bunga Raya ( 1 ) kau selalu dihatiku.
SK Taman Bunga Raya ( 1 ) kau sekolah pujaan ku.

Lirik : Hasren B Damiri
Lagu : Zulfadzli B Ismail

 
LENCANA

Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya(1) dengan mottonya BERILMU, BERDISIPLIN, BERKETERAMPILAN telah dicipta oleh Puan Rosmanizah bt Abdul Rashid, merupakan seorang pensyarah di Institut Aminuddin Baki (IAB). Beliau berasal dari Negeri Kedah Darul Aman, pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh, Rawang.


MAKSUD LAMBANG PADA LENCANA .


Bunga Raya :

* Mewakili nama tempat sekolah ini dibina iaitu di Taman Bunga Raya dan ianya juga adalah bunga kebanggaan rakyat Malaysia (Bunga Kebangsaan Negara kita )
*Lima kelopak bunga raya adalah mewakili Rukun Negara kita.

3 Bulatan :

*Adalah lambang guru, murid serta ibu bapa yang bersatu dalam menaikkan martabat sekolah ini berdasarkan visi dan misi sekolah.

Al-Quran : Melambangkan segala tindak-tanduk yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran agama.

Warna Merah dan Kuning :

*Melambangkan warna bendera Negeri Selangor

Warna Biru :

*Melambangkan perpaduan semua warga sekolah

Bentuk Lencana :

*Bentuk lencana yang meruncing ke atas adalah melambangkan usaha semua warga sekolah dalam mencapai matlamat menuju kejayaan berdasarkan visi dan misi sekolah.

Moto :

Moto yang ada di dalam lencana Sekolah iaitu ‘ Berilmu, Berdisiplin, Berketerampilan’. Bermaksud warga sekolah yang berilmu serta mengamalkan disiplin yang baik akan mampu menjadi insan yang mempunyai akhlak yang terpuji serta boleh menjadi pemimpin di dalam keluarga dan masyarakat .

 
 BENDERA SEKOLAH
 Bendera Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya ( 1 ) telah direkacipta oleh Guru Besar sendiri iaitu En Hasim bin Saleh pada tahun 2005. Semenjak sekolah ini dibuka pada tahun 2003 tidak ada bendera sekolah yang menjadi kebanggaan bagi sekolah ini, oleh itu beliau merasakan sekolah perlu ada Bendera Sekolah. Di antara maksud yang terkandung di dalam bendera sekolah iaitu:


Warna Biru :
Merupakan lambang perpaduan di kalangan warga sekolah.

Lencana Sekolah :
Di letakkan ditengah-tengah bendera , melambangkan murid-murid dan seluruh warga sekolah mendukung simbol sekolah dalam usaha mengangkat martabat sekolah ini.