PENGUMUMAN

Perhatian!

Sesiapa yang ingin membuat pengumuman melalui blog ini terus berhubung dengan En. Che muhamad. Sekian

PERHATIAN

Kepada semua guru kelas yang ingin menyerahkan yuran sekolah( Bayaran Tambahan), boleh berbuat demikian pada setiap hari Selasa dan Khamis sahaja.

Penyerahan boleh dibuat dari jam 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari.

PENTING

Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun 1 sesi 2012/2013

Tarikh : 1 Mac 2011 hingga 4 mei 2011

Masa urusan : Pejabat Sekolah

Kelahiran pada : 2.1.2005-1.1.2006 (sesi persekolahan 2012)

2.1.2006-1.1.2007 (sesi persekolahan 2013)

Sila bawa bersama:

1. sijil kelahiran

2.Bukti alamat tempat tinggal(Bil air@Letrik)

3. IC ibu dan bapa/penjaga

4. Sampul surat putih bersaiz 4X9 dan bersetem 60 sen

Untuk keterangan lanjut. sila lihat pada post dibawah

Guru Bertugas Mingguan

(3.5.2011 hingga 6.5.2011 )

PAGI

1.Suhaimi Salleh

2.Noraisyah Bahishan

3.Rubiah Razak

4.Julaidah Hazari

5.Susilawati Muhammad

6.Anizah Ruslan

7.Fazilah Yusof

8.Norhayati Yeop

PETANG

1.Nora Mat Nor

2.Suhaimi Saidin

3.Suzana Subari

4.Rosniza Basiran

5.Zunika Abd Talib

TAHNIAH BUAT MENTOR ICT SKTBR1

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2011
TARIKH:23 MEI 2011
HARI : ISNIN
TEMPAT; POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM



TAHINAH, Guru Besar Pn Zalinah bt Zubir telah dianugerahkan sebagai ANUGERAH KEPIMPINAN ICT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2011



Guru Penolong Kanan yang turut memberi sokongan

SAMBUTAN HARI GURU YANG SANGAT MERIAH

Guru di arak dengan paluan kompang


suasana yang sangat ceria




Bacaan perutusan oleh GPK

Bahasa isyarat bagi murid PPKI

Tanda mata bagi pencipta lagu sekolah dan penulis lirik

Ucapan wakil murid

Ucapan YDP PIBG

Ucapan dan gimik perasmian oleh Guru Besar


Anugerah dari pentadbir

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

PENGUMUMAN

Zoom-A


KEPADA MURID-MURID YANG BERMINAT UNTUK MELANGGAN, SILA SERAHKAN DUIT SEBANYAK RM10 KEPADA CIKGU CHE MUHAMAD CHE OTHMAN UNTUK PENDAFTARAN(SELEWAT-LEWATNYA 20 MEI 2011). 

BAGI GURU-GURU YANG BERMINAT SILA MEMBUAT PENDAFTARAN SENDIRI DI PORTAL ZOOM-A. PENDAFTARAN GURU ADALAH PERCUMA. 

RENCANA

ICT: Kita tidak boleh gagal


DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN.


Mukadimah
SEPERTI diketahui umum, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pada 16 Januari lalu. Ia bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.
PIPP menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membantu Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Enam teras itu ialah membina negara bangsa; membangunkan modal insan; memperkasakan sekolah kebangsaan; merapatkan jurang pendidikan; memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Bagi tujuan itu fokus bulanan ditetapkan bagi menerangkan status projek dan program yang dirancang dalam PIPP.
Dan memasuki bulan April ini, tumpuan kementerian ialah melaksanakan teras ketiga iaitu memperkasa sekolah kebangsaan dalam konteks pembestarian sekolah dan inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagi Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, beliau bersyukur kerana telah melalui pelaksanaan dua teras utama dalam tempoh dua bulan sejak ia dilancarkan termasuk Lonjakan Perdana Pendidikan luar bandar dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
“Saya dapat lihat pegawai-pegawai saya memahami dengan jelas apa yang tertulis dalam pelan induk dan sedang melaksanakannya,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Ditanya sama ada rentak beliau tidak terlalu laju dalam melaksanakan program ini, beliau berkata:
“Sebenarnya saya tidak ada cara yang lebih baik untuk mendalami PIPP ini selain dari berusaha melaksanakan atau paling tidak terlibat dalam pelaksanaannya.”
Bagi Hishammuddin, melalui fokus bulanan ini, semua bahagian dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dan mereka semakin berkemampuan untuk mempakejkan produk masing-masing sebagai satu pakej berdasarkan teras-teras dalam PIPP.
Mulai bulan ini, April, Kementerian Pelajaran melaksanakan program pembestarian sekolah dan pemantapan serta penjenamaan semula 88 sekolah bestari di seluruh negara. Ia bagi merealisasikan teras ketiga PIPP 2006-2010, iaitu memperkasa sekolah kebangsaan.
MINGGUAN: Apakah tujuan di sebalik menetapkan fokus bulanan ini? Bolehkah Datuk Seri jelaskan dalam konteks fokus bulan ini (April), iaitu program pembestarian sekolah?
HISHAMMUDDIN: Ia seperti serampang dua mata. Dari satu segi, ia untuk membantu warga KPM dan orang ramai memahami teras-teras dalam PIPP, program dan projek yang ada di dalam teras-teras tersebut dan status pelaksanaannya yang terkini. Dari segi yang lain pula, ia membantu warga KPM agar tindakan mereka lebih berfokus, mempunyai sasaran dan bertindak melaksanakan program-program ini dalam satu pakej dengan segera dan tanpa berlengah-lengah lagi. Lebih-lebih lagi kerana kita perlu melaporkan pelaksanaannya kepada Jemaah Menteri dari semasa ke semasa dan kepada orang ramai dua kali setahun, bermula bulan Jun tahun ini.
Misalnya dalam bulan ini, kita akan memaklumkan kepada orang ramai tentang pelaksanaan dua program utama iaitu pertamanya, program pembestarian sekolah dan keduanya, usaha pemantapan dan penjenamaan semula 88 sekolah bestari.
Dalam bulan ini kita akan berusaha memberikan penjelasan kepada orang status pelaksanaan kedua-dua program ini, sejauh mana ia telah dilaksanakan sejak bermulanya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sejauh mana kejayaan atau kekangan yang dihadapi seterusnya langkah-langkah yang hendak diambil atau tindakan penambah baikan yang perlu dilakukan sepanjang tempoh RMK-9 ini bagi memastikan matlamat pelan induk pendidikan ini dapat dicapai.
Pada waktu yang sama, kita akan melaksanakan juga program-program yang telah kita rancang seperti melaksanakan latihan kepada guru dalam ICT, mengadakan pusat akses di sekolah-sekolah, membentuk kerjasama dengan pihak luar KPM bagi membantu mempercepatkan proses pembestarian di sekolah-sekolah dan sebagainya.
Ini yang saya maksudkan bila saya katakan kita bukan sahaja menerangkan kepada rakyat tapi juga melaksanakan segala program yang telah dirancang dalam PIPP.
Boleh Datuk Seri jelaskan kenapa ada dua program berbeza, pembestarian sekolah dan 88 buah sekolah bestari?
HISHAMMUDDIN: Dari segi takrifan, kita takrifkan program pembestarian sekolah sebagai proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.
Program pembestarian sekolah melibatkan usaha melengkapkan semua sekolah KPM dengan infrastruktur, perkakasan, perisian dan aplikasi, latihan guru serta program pengurusan perubahan (change management) yang bersesuaian dan mencukupi.
Sewaktu saya mula berada di KPM, saya dapati inisiatif-inisiatif ICT di KPM ini begitu banyak, tetapi dilaksanakan secara terpisah-pisah dan berasingan. Ada juga yang berada di bawah tanggungjawab kementerian yang lain, seperti akses Internet jalur lebar, makmal komputer dan sekolah bestari.
Kita sedia maklum bahawa KPM adalah sebuah kementerian yang besar. Sukar untuk pegawai-pegawainya mengetahui setiap inci ruang di dalam kementerian ini. Apalagi mereka yang berada di luar KPM. Kerana itu bila makmal komputer dibina, objektifnya hanya untuk menyiapkan makmal, tetapi pihak luar mungkin tidak tahu ruang yang dipunyai sekolah, sama ada bekalan elektrik ada atau tidak, sama ada guru terlatih atau tidak dan sebagainya.
Akhirnya, makmal dibina atas padang, dibina di sekolah-sekolah yang tiada bekalan elektrik dan ditempatkan di sekolah-sekolah yang kurang guru atau gurunya tidak terlatih menggunakan ICT dan sebagainya. Objektif mereka hanya untuk siapkan makmal dan mereka akan menyiapkan makmal tanpa mengambil kira faktor-faktor ini.
Misalnya di Kalabakan, ada sekolah yang diberikan komputer, tetapi kita dapati, ada sekolah yang mempunyai sistem pendawaian yang usang dan tidak sesuai. Ada juga sekolah yang tidak mendapat bekalan elektrik yang mencukupi kerana hanya mempunyai generator berkuasa kecil.
Ada kalanya inisiatif-inisiatif ini bertindih dan menyebabkan pertambahan beban tugas dan pembaziran. Paling ketara adalah latihan kemahiran ICT untuk guru-guru. Bukan sahaja bahagian-bahagian di dalam KPM yang melaksanakan pelbagai jenis latihan, malah pihak ketiga, seperti pemain industri, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan sekolah turut melaksanakan latihan yang mungkin hampir serupa. Ini belum termasuk aspek perisian kursus dan aplikasi yang digunakan di sekolah-sekolah.
Jadi dalam tempoh dua tahun ini kita berusaha untuk menyelaras dan mempakejkan semula semua inisiatif ICT KPM, seperti yang utamanya, projek makmal komputer dan pengkomputeran sekolah, program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akses internet jalur lebar School-Net, pembangunan perisian kursus, pusat akses, TV Pendidikan, termasuklah sekolah bestari telah kita selaraskan dan kita pakejkan sebagai program pembestarian sekolah.
Dalam usaha untuk membestarikan semua sekolah ini, kali ini kita tidak mahu lagi bila kita membina makmal, ia dibina di atas padang, di sekolah yang tiada bekalan elektrik mencukupi, yang ada masalah pendawaian dan yang tiada guru berkemahiran dalam ICT. Saya tidak mahu lagi inisiatif ICT yang ingin kita perluaskan ke sekolah-sekolah dilihat secara terpisah-pisah. Saya mahu ia dipakejkan dengan baik dan disinergikan agar impaknya terhadap pelajar, guru dan sekolah dapat dimaksimumkan.
Bagaimana pula 88 buah sekolah bestari? Apa yang Datuk Seri maksudkan sebagai pemantapan dan penjenamaan semula 88 sekolah ini?
HISHAMMUDDIN: Seperti yang saya sering sebutkan, di dalam melaksanakan PIPP, kita ada dua pendekatan, pertama untuk menyelesaikan tugas-tugas yang masih belum selesai seperti untuk mengadakan akses, memastikan ekuiti, merapatkan jurang dan sebagainya. Pendekatan kedua pula adalah untuk berusaha melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan institusi yang telah bersedia ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi agar dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.
Pembestarian sekolah jatuh di dalam pendekatan pertama, tetapi pemantapan 88 sekolah bestari adalah datang dari pendekatan kedua.
Sekolah bestari adalah salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana (flagship) di dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) dan merupakan salah satu daripada inisiatif ICT utama KPM. Projek rintis sekolah bestari dimulakan pada tahun 1999 hingga 2002 dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Memandangkan ia merupakan salah satu dari aplikasi perdana MSC, maka kita tidak boleh gagal. Kita mesti memastikan kejayaannya. Jadi perhatian yang berbeza perlu diberikan kepada 88 sekolah ini.
Saya telah meminta MDeC menerajui usaha untuk memantap dan menjenamakan semula 88 buah sekolah ini. Usaha pemantapan dan penjenamaan semula ini penting atas dua sebab, pertamanya supaya 88 sekolah ini dapat dijadikan model dan penanda aras (benchmark) terhadap usaha membestarikan kesemua 10,000 sekolah.
Keduanya, melalui usaha pemantapan dan penjenamaan semula ini juga, diharapkan 88 buah sekolah bestari ini boleh dilonjakkan untuk dijadikan showcase dan rujukan kepada masyarakat dunia.
Terdapat cakap-cakap bahawa 88 buah sekolah bestari tidak berjaya dan tidak mencapai tahap yang disasarkan?
HISHAMMUDDIN: Sebenarnya ada di kalangan 88 buah sekolah ini yang berjaya dan telah mencapai tahap yang kita tetapkan. Bagaimanapun saya rasa kita perlu berlaku adil juga terhadap sekolah yang masih belum mencapai tahap yang kita inginkan.
Seperti yang kita sedia maklum, idea mengenai sekolah bestari timbul sekitar tahun 1995 dan kita telah merintis pelaksanaannya pada tahun 1999.
Teknologi pada masa itu berbeza dengan teknologi yang ada pada tahun 2007. Teknologi lama inilah yang digunakan dalam penyediaan infrastruktur, perkakasan dan aplikasi yang digunakan oleh sekolah-sekolah bestari ini.
Ketika itu juga negara sedang mengalami krisis mata wang. Disebabkan itu kebanyakan sekolah rintis bestari tidak mempunyai infrastruktur yang sempurna dan perkakasan yang mencukupi. Malah ketika ini, di sekolah-sekolah yang lebih lambat menerima bekalan server dan komputer dari KPM mempunyai server dan komputer yang lebih baik spesifikasinya dan lebih berkuasa.
Pada ketika itu juga belum diperkenalkan program pengurusan perubahan (change management) untuk memastikan perubahan sepenuhnya budaya di dalam sekolah dan penerimaan pembudayaan penggunaan ICT di sekolah.
Jelasnya, kita tidak boleh mengharapkan 88 buah sekolah ini berada sebaris dengan teknologi usang dan perkakasan yang lebih terkebelakang dari sekolah-sekolah lain.
Jadi kita perlu re-visit dan meneliti semula setiap kelemahan serta kita perlu melihat trend dunia ketika ini. Kita akan melihat dari pelbagai segi, termasuklah dari segi polisi, sumber manusia dan kewangan. Selepas meneliti semula pelaksanaan sekolah bestari dari segala sudut, termasuk trend terkini di negara- negara yang lebih maju, barulah kita boleh mencari jalan untuk melonjakkannya ke hadapan.
Sekiranya untuk melonjakkan 88 buah sekolah ini kita memerlukan perubahan polisi, kita akan mencadangkan perubahannya. Jika kita perlukan perubahan kepimpinan di sekolah ataupun di kementerian, kita akan lakukannya. Jika kita memerlukan lebih peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur, perkakasan dan sebagainya, maka kita akan meminta lebih peruntukan dari kerajaan. Yang penting, program ini mesti berjaya. Inilah yang dimaksudkan tentang penjenamaan, pemantapan dan penanda arasan 88 sekolah bestari.
Dulu ada sekolah bestari dan sekarang sekolah kluster. Dengan wujudnya sekolah kluster tidakkah ia menggugat pelaksanaan sekolah bestari?
HISHAMMUDDIN: Untuk tidak mengelirukan orang ramai, saya suka menerangkan bahawa 88 buah sekolah bestari adalah sekolah-sekolah yang terpilih di dalam aplikasi perdana MSC. Sekolah-sekolah ini tiada pilihan, melainkan mesti menjadi model pelaksanaan pengintegrasian ICT yang boleh diikuti oleh semua sekolah yang lain di dalam negara. Mereka juga tidak mempunyai pilihan kerana mereka juga akan menjadi sekolah-sekolah yang hendak dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Bidang mereka adalah pengintegrasian ICT.
Sedangkan dalam konsep kluster kecemerlangan, sekolah-sekolah ini diberi pilihan untuk memilih niche areas yang diingini. Pentadbir-pentadbir sekolah ini juga diberikan autonomi tertentu untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah masing-masing ke tahap dunia di dalam niche areas yang dipilih.
Sebenarnya ada di kalangan sekolah-sekolah bestari yang tersenarai dalam kluster kecemerlangan. Misalnya dari kluster sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Alam Shah dan Kolej Islam Klang.
Sekolah bestari bukan salah satu kluster di dalam kluster kecemerlangan yang terdiri dari jenis sekolah, aliran dan juga lokasi di dalam sistem persekolahan kita seperti kluster SBP, kluster sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), kluster sekolah menengah teknik (SMT) dan beberapa kluster lagi seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Jadi tidak timbul sama sekali soal persaingan. Sebaliknya, ada persamaan dari segi pendekatan pelaksanaan kedua-duanya. Kedua-duanya jatuh dalam pendekatan kita yang kedua dalam melaksanakan PIPP, iaitu untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Dalam hal ini, perhatian yang lebih khusus diperlukan dan pendekatan one size fits all tidak boleh digunakan untuk memastikan kecemerlangan kedua-duanya.

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6, KELAS TAMBAHAN BERJALAN SEPERTI BIASA PADA SABTU (30.4.2011) SILA RUJUK JADUAL DI DALAM KELAS. KEHADIRAN ADALAH WAJIB

TAHNIAH

Tahniah diucapkan pada Kontijen  Negeri Selangor ke Perkhemahan Persatuan Badan Beruniform Kebangsaan 2011 yang telah diadakan di Lanchang Merlimau Melaka pada 16.4.2011 hingga 22.4.2011. Seramai 4 orang murid dari sekolah Taman Bunga Raya (1) telah terlibat iaitu Siva Sakhti, Tan Lin Ye, Rahul Nair dan Swaminathan.



Kontijen ini telah menjadi JOHAN REKACIPTA, JOHAN PANDU ARAH dan JOHAN IKHTIAR HIDUP.

TAHNIAH

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT HULU SELANGOR (EUREKA)
TARIKH: 23.4.2011
KEPUTUSAN: TEMPAT KETIGA

Nurliana Ainizza Bt Zainal Abidin, Naqilah Bt Baqid, Muhd Ameer Syuib B. Hassan dan Muhd Ikmal Danial B. Kamarudin

TEMPAT KETIGA SAINTIS MUDA - Muhamad Naqiuddin B. Zaini dan Aiman Hilmi Azham

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PANITIA


Pengacara Majlis Dulu, Kini dan Selamanya Pn Fazlina Kadri

Doa dari Ustaz Khairi


Ucapan dari Ketua Panitia Bahasa Melayu





Ucapan Perasmian daripada Guru Besar


Gimik perasmian mengabungjalinkan semua subjek teras seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu